Yok ke Seberang
menghitung jam nih. nak cabuuuuuuuuut. mahu menyeberang tambak. nak gi jumpa sha na na. yay yay. dah apply cuti esok dan jumaat. Sampaikan my boss pun pelik, awat cuti selang2. Dah tu.. ada workshop hari Khamis, tak boleh nak elak.
Tapi masalah dunia, sapa nak hantar pi JB nun. Nak naik teksi pi Singapura. Tapi roomate ku tak menjawab panggilan dan membalas SMS pun. Nak naik bas ke bandar, issshh teman dah lama tak reti naik bas biasa nih (kekeke berlagak). Nak tinggalkan keta kat parking mana2 semalaman lebih takut pulak. Naik teksi ke bandar? Hmm.. kopaklah i, sure mahal punya dengan teksi yang tak reti pakai meter nih. Nak bawak keta tapi tak sure boleh parking ke tak kat hotel si Nanas tu. Dan borang nak isi masuk singapore tu belum ada, so kena berhenti dulu kat imigresen tu, cam leceh dan malas pulak. Maybe hari Khamis nanti masuk sekali lagi, ku bawa keretaku.
Dah contact Rabi’ah dan Lindah. Bolehlah berjumpa mereka sekali. My two friends yang pernah menyinggah rumah i di Tokyo nun. Sementara kerja belum banyak ni kan.. bolehlah ku berjalan2.
Haaaa… untuk menjawab soalan Oiyour. Dik, bukan niat akak untuk mengfailkan dia. Akak dah beri dia peluang, suruh betulkan sistem dia. Boleh dia datang balik jumpa akak dia cakap dia TAKNAK betulkan. Isssh.. menyirap betul akak. Anak2 murid zaman sekarang nih. Dia boleh kata, akak bincanglah dengan supervisor dia dan ketua jabatan. hek eleh.. kenkonon cam dia baiklah ngan boss2 akak nih, akak takut?!
Akak memang menyirap, tapi nak jumpa s/v dia asyik takde kat bilik aje. Pastu terus akak cool down, akak pikir, takpelah akak bagi je lah markah rendah. Nasiblah dia nak dapat C ke D ke, rezeki dia. Sekali tu kan… jeng jeng jeng…
Penyelaras final year project tu datang jumpa akak. Rupa2nya.. budak tu suka2 limpa je gertak akak. Supervisor dia sendiri nak FAIL kan dia. Muakakakkaakaka. Senang kerja akak. Tak perlu nak berdebat2 bagai. Oleh itu, kesimpulannya, jangan marah daku ya. Tapi sure budak tu ingatkan akak yang failkan dia padahal sebenarnya supervisor dia, markah akak nih 20% aje. Takpelah. Oleh itu anak2 murid di luar sekalian, jangan berlagak sangat. Bila cikgu dah suruh tu, buat aje lah. Untuk kebaikan awak juga.
Uols.. uols tengok tak Melodi Ahad lepas? Akak sampai sedu-sedan jugalah bergenang airmata dengar interview si Abby tu. Keparat betul si Norman Hakim tu. Cish debedah! Pastu bila tengok berita kat TV9 yang Abby gi jumpa Norman tu. Adus.. issh isssh. hot fm betul akak jadinya.
Alamak.. lupa pulak. Kena gi pejabat am, nak tempah lunch untuk workshop tu. Makan free lagi hari Khamis nih. Bfast, lunch & tea. Buh byeeeee.
November 3rd, 2008 at 11:35 pm
dah tgk melodi… sian si abby…sedih2..tp nk meniitiskan ayak mata malu ler eden..kat lab nih..dah le pinjam earfon epui..time kasih epui..hahha