Yok ke Seberang

November 3rd, 2008 by mogusaen

menghitung jam nih. nak cabuuuuuuuuut. mahu menyeberang tambak. nak gi jumpa sha na na. yay yay. dah apply cuti esok dan jumaat. Sampaikan my boss pun pelik, awat cuti selang2. Dah tu.. ada workshop hari Khamis, tak boleh nak elak.

Tapi masalah dunia, sapa nak hantar pi JB nun. Nak naik teksi pi Singapura. Tapi roomate ku tak menjawab panggilan dan membalas SMS pun. Nak naik bas ke bandar, issshh teman dah lama tak reti naik bas biasa nih (kekeke berlagak). Nak tinggalkan keta kat parking mana2 semalaman lebih takut pulak. Naik teksi ke bandar? Hmm.. kopaklah i, sure mahal punya dengan teksi yang tak reti pakai meter nih. Nak bawak keta tapi tak sure boleh parking ke tak kat hotel si Nanas tu. Dan borang nak isi masuk singapore tu belum ada, so kena berhenti dulu kat imigresen tu, cam leceh dan malas pulak. Maybe hari Khamis nanti masuk sekali lagi, ku bawa keretaku.

Dah contact Rabi’ah dan Lindah. Bolehlah berjumpa mereka sekali. My two friends yang pernah menyinggah rumah i di Tokyo nun.  Sementara kerja belum banyak ni kan.. bolehlah ku berjalan2.

Haaaa… untuk menjawab soalan Oiyour. Dik, bukan niat akak untuk mengfailkan dia. Akak dah beri dia peluang, suruh betulkan sistem dia. Boleh dia datang balik jumpa akak dia cakap dia TAKNAK betulkan. Isssh.. menyirap betul akak. Anak2 murid zaman sekarang nih. Dia boleh kata, akak bincanglah dengan supervisor dia dan ketua jabatan. hek eleh.. kenkonon cam dia baiklah ngan boss2 akak nih, akak takut?!

Akak memang menyirap, tapi nak jumpa s/v dia asyik takde kat bilik aje. Pastu terus akak cool down, akak pikir, takpelah akak bagi je lah markah rendah. Nasiblah dia nak dapat C ke D ke, rezeki dia. Sekali tu kan… jeng jeng jeng…

Penyelaras final year project tu datang jumpa akak. Rupa2nya.. budak tu suka2 limpa je gertak akak. Supervisor dia sendiri nak FAIL kan dia. Muakakakkaakaka. Senang kerja akak. Tak perlu nak berdebat2 bagai. Oleh itu, kesimpulannya, jangan marah daku ya. Tapi sure budak tu ingatkan akak yang failkan dia padahal sebenarnya supervisor dia, markah akak nih 20% aje. Takpelah. Oleh itu anak2 murid di luar sekalian, jangan berlagak sangat. Bila cikgu dah suruh tu, buat aje lah. Untuk kebaikan awak juga. 

Uols.. uols tengok tak Melodi Ahad lepas? Akak sampai sedu-sedan jugalah bergenang airmata dengar interview si Abby tu. Keparat betul si Norman Hakim tu. Cish debedah!  Pastu bila tengok berita kat TV9 yang Abby gi jumpa Norman tu. Adus.. issh isssh. hot fm betul akak jadinya.

Alamak.. lupa pulak. Kena gi pejabat am, nak tempah lunch untuk workshop tu. Makan free lagi hari Khamis nih. Bfast, lunch & tea. Buh byeeeee.

saya takkan luluskan kamu

October 29th, 2008 by mogusaen

I sebenarnya banyak benda nak tulih tapi bz yewwwww tapi sebab fan no. 1 i tu mendesak2 i supaya menulis (i love you McAh.. hehe), maka I gagahkan jua.

So far life so good. Tak pernah pun complain pasal kerja sejak dari azali dulu pun. Tapi complain pasal anak bangsa banyaaaaaaaaaak. kekeke. Yang paling tak puashati sekarang… amboi amboi.. dia pulak yang nak bagitahu kita apa yang boleh dan tak boleh. Dah aku kata ko tak boleh lulus.. sukahati aku ler!! muakakakka. Panas hati bila dia kata.. “saya dah menepati objektif dan skop”. Who are you to say that you’ve reached your research objectives and scopes??!! Nak ke gred D tuuu?? I rela hati je nak bagi. Baru tahu siapa chegu sapa anak murid. muakakaka.. garang tak I? Mesti uols tak sangka.. i ni mak tiri sikit kat sini.

Isssh betul2 make my blood go upstairs. Kita tinggalkan cite2 budak2 hingusan ini. . Next week, I akan berjumpa Sha nana di Singa yang pura2. Nak cuti ke tidak ek? Khamis ada bengkel. Oh.. semalam i ada bengkel satu hari. Yang seronoknya bila gomen buat bengkel, makan haruslah free. Breakfast, lunch dan minum petang. Selamat poketku.

Rakan2ku apa cerita di sana? Dah tahu lum.. Mawi & Kikis nak kawi 20 Dec. Ning & Mr Manager dah berpisah. Sehati Berdansa musim ke-2 dah mula. OH yes!! best uols.. rasa cam diorang lagi pandai sikit menari dari Musim Pertama. Rosma & Bangkhai, Lisa & hubby, Sabrina & hubby dan Ani Mayuni & hubby cam best.

Cite2 lain.. petang2 tu lepas balik dari ronda2 tasik depan rumah, I tengok Suteramaya.  Cite yang Fasha Sanda berlakon tu. Ada Medina, Karina, Kesuma, Adrian, Balqis.

Okaylah..i ada meeting kul 3 satgi. Chan chin chow.

Dear Avian…

October 20th, 2008 by mogusaen

“akak.. betul ke akak memang nak beli air yang ni?”
“ya.. betullah. …… ….. eh, kenapa?”
“taklah.. selalu orang nak beli air yang biasa, bila kena bayar diorang bising2 sebab mahal”
“oooh.. ye ke.” sambil melihat harga air botol mineral itu, RM7.90

Terdiam dan terkejut dan maintain cool.
“ha ah. akak memang nak beli air ni”
“ooooo. akak memang dah biasa minum air ni ya”

Senyum je aku kat adik manis peramah cashier 7E tu. muahahahhaha. Sebenarnya tak sangka. Main ambil aje botol Avian botol sederhana besar tu. Maklumlah kat sana tu harganya baru 200yen gurai je kot.

Adus… barang kat malaya sumenya mahal. Ke aku yang dah lupa. Isi minyak jangan cakaplah. Fulltank tadi RM120. Sib baik aku rasa tadi tol harga maintain tak naik. Air minum RM7.90. Muahahahhaa. Sampai aku makan lunch tadi aku tak beli air sebab terkenangkan air mahal dalam kereta.  Kena berhati2 ni.. kena belek harga dulu.

So far life okay aje. Sabtu lepas dah jumpa Ayu, Syau, Faer, Deela, Bella, Ifan, diorang dtg rumah. Ni nak mulakan kehidupan baru di bumi bertuah ni. Tengah merempat kat opis Kak Shidah. Opis sendiri tak tahu lagi kat mana. Nak amik bilik kat atas bukit ke kat atas sungai.

Banyak choices nak kena buat ni. Decision.. decision. And I’m missing them already mereka2 di gunung takao, hazama, tokaidaigakumae, takahatafudo, yachimata dll.

Fries Burger King tak sedap

October 12th, 2008 by mogusaen

hola!! I’m safe and sound here in Changi. Landed at 1215am and by 1245 I’m out of the gate. Everything went smoothly, just immigration and the lady was very nice. No custom whatsover.

Unlike my experience at Narita. Timbang beg dah 39kg and the excess fee kena 55,000yen. Nak mampus.. lagi mahal dari tambang flight i!! Pi kuarkan barang, still 28.5kg dan kena 12,000. Zaman gawat ni.. 1man pun berkira. Pi kurangkan lagi.. akhirnya selamat 24.5kg. Pergi naik JAL, balik pun naik JAL. Okaylah, flight tak penuh sangat. Tak layan movie pun. Asyik rindu2an terkenang pada rakan2. Menitiklah juga airmata. Uwaaaaaaaaaa.. rindu kamu2. Tidur, tidur dan tidur. Last2 baru layan How to Lose a Guy in 10 days tapi tak sempat nak habis, dah landing.

Kenkonon sebelum pulang mahu tulis special entry buat rakan2 yang sudah ku anggap ahli keluargaku di sini tapi tak sompek. Banyak sangat undangan, kerja itu ini. Kenkonon balik lambat lepas raya sempatlah nak settle itu ini, proposal ke. Tapi takdenya.

Right now currently kat Burger King using the free wireless service. Tapi tak dapat lama sebab battery tahan 3jam aje. Still need to find way to get across the causeway. Tak mampu nak naik bas or train sebab beg berat gila. Sebab dari 15 kilo access tadi, 5 kilo dah berpindah ke carry-on on top of 10 kilo sedia ada. 10 kilo lagi dah bahagi2 pada Nana dan Intan suruh diorang tolong bawak balikkan.

Maybe nak naik taxi. Tapi ada ke ek yang terus ke JB. Then Kak Shidah akan jemput. Mintak2lah boss bagi cuti Selasa sampai Isnin depan. Nak balik jumpa Mak Ayah uwaaaaaaaaaaaaaaaaa. Baik tak i.. pekerja cemerlang sungguh. Jumpa boss dulu sebelum jumpa family. Balik pun nak naik flightlah ke KLIA dari Senai. Tak mampu nak naik bas. (ngengada!)

Banyak benda nak complain ni. hehehehe tapi sabar sabar. Memanglah Jepun tu best. Kenalah ubah finetune pemikiran. Tapi bukan nak complain pasal apa yang kena pada diri ini. So far okay aje tapi melihat kepada layanan orang lain terhadap orang lain. Contoh, kesian kat budak Burger King ni, supervisor dia tengking2 marah2 sebab gambar2 kat dinding berhabuk. Hampeh aje.. cakaplah elok2.

Apa aku membebel ni. Baru 3 pagi kat sini. Kul 7 kot baru nak kuar dari sini. Ada 4 jam lagi. Nak tumpang tidur kat Burger King.  Btw, Mushroom Swiss Tendergrill.. sedap!!!

Nak ucap thanks tak terkira pada Liana, Nana, Ain, Jue, McAh, Een, Najwa, Intan dan Mat Henip yang menghantar tadi.  Sebenarnya plan naik keta ke Takao eki dan nak naik densyaq (kenkonon last ride) tapi macam tak sempat aje sebab pukul 120pm baru nak kuar rumah.  Sekali dpt idea cemerlang untuk naik aje keta terus ke Narita. Mekasih pada Mat Anep yang sudi menghangkut wanita2 melayu terakhir ini.

Sebenarnya perlu ucap thanks satu2 pada ramai orang tapi mula2 buat untuk ibu kepada Khalia Khana lah. Tadi terlupa nak cakap sebab nak cepat, tak sanggup nak nangis lama2, sebak. Ibunya Khalia Khana, thank you so much for letting me crash your place for the 2 weeks. Maaf sebab tak pasal2 rumah u jadi semak. Mekasih jadi teman tidurku. Sama jua buat jiranmu di atas nun. Thank you for providing me comfort.

sayang…. apa?

September 19th, 2008 by mogusaen

Guys, if you are ever in a relationship, please give your woman some space. let her breathe. I know that you love her with all your heart till your heart aches but please.. she needs to breathe. Don’t suffocate her. She still loves you even if she’s not with you 24/7.

Kikikiki.. berdua susah, tidak berdua susah. Haiiiii. Pastu kan.. kalau bergaduh ngan awek, jangan pulak lepas geram kat kawan. hai… kesian kawan tu tau. Siap nangis kawan tu tau tapi dia gagahkan diri sebab nak kejar masuk highway sebelum pukul 4 pagi.

Tabik kat ma’am kat luar tu. Walaupun ada masalah ngan significant other tapi masih maintain buat muka senyum ngan kawan. dia jaga hati tetamu. takde nak hempas2 barang ke mendengus2 ke. i love you sis.

Lelaki ni kan.. issssh.. tak faham aku. kesian kat kawan aku sorang ni kat luar. Dapat suami yang terlalu melimpah ruah kasih sayangnya. Tabahkan hati ya my friend. 2 bulan je lagi…

uwaaaaaaaaaa cian kat kawanku. aduh aduh. la la la la… the matter of hearts is a delicate matter. kenapalah encik itu bercakap berbelit2 nih. Kesianlah kat cik puan itu. Dah lah tu.. esok dia nak kerja.

ihiks.. mesti geng2 ronggengku tahu siapa yang ku perkatakan. cian uols kat dia. iols tak tahu nak buat apa dah. iols terus lari masuk bilik tapi masih boleh dengar perbualan kelambu mereka.

I’m missing Nikki badly. 3 minggu melekat dengan dia. 15 minit lagi dia touchdown di Malaysia. Take care.. good luck di Malaya.

btw, i dah dapat undangan open house tengahari 1st day raya nanti. yay yay. Love you Mrs Ogawa. Ada open house lain ke?

Meme muncul lagi…

June 24th, 2008 by mogusaen

Had an interesting weekend (what’s new?) again last week. Story-mory later because am still waiting for pix from Motty & Kayzee. It features bally dancers and funky silat moves. hehe

Was updating myself with my blog rolls. I used to read blogs and leave comments but nowadays couldn’t be bothered. Silent reader lagi best unless they are my RL friends. Kalau yang ni, best tinggal2 msg dan mengutuk. hehe

Anyways, was reading Nates wedding prep adventure on diaryland and saw a mame she did. Nak tirulah. So here goes…

—————————

+ Are you dating the person you text most?
Sungguhlah tidak

+ What did you do at 12 o’clock last night?
Rasanya dah tidur. Tidur awal semalam selepas 2, 3 hari tidur tak betul dek Euro 2008. Tertidur ketika menonton MVP.

+ What do you want?
Stability in my life!! I’m in limbo. Sini tidak, sana pun tidak. Agak seram juga mengenangkan kehidupan yang bakal ditempuhi Oktober ini.

+ Who was the last person you shared a bed with?
syyyyyy, rahsia!

+Do you talk to yourself?
All the time!! Lagi2 pulak bila duduk sorang2 sejak 3 tahun lepas. Pernah dikantoikan oleh my dearest nenek. Dia tanya apa aku merepek sorang2 dalam bilik air masa mandi. hahaha.

+Do you drink milk straight from the carton?
I don’t drink milk ;)

+ Who knows a dark secret or two about you?
A truly truly dark secret? My partner in that dark secret crime and my confidante for the last 2 years. Kalau secret light-light tu my closest friends here. Kalau kat Jepun ni, I’m more comfortable to share them with them in Kyoto, Mie or Teluk Panglima Garang.

+How long is your hair?
Halfway to pinggang tapi baru potong 2 minggu lepas sampai bahu. Kesian itu kawan dipaksa oleh daku untuk potong. Tapi rasa macam nak repair kat kedai. 

+ Who did you last hug?
Eri-chan. Hugged her before parting ways at Hashimoto eki.

+ Do you swear at your parents?
Never. Nak mampus?!!

+ When was the last time you lied?
lately macam selalu aje terpaksa bohong2 sunat nih. But I am trying hard to not lie anymore unless absolutely have to. promise!

+ When was the last time you cried?
Baru je tadi. Tapi menangis sebab berangan over2 kisah sedih. haha kan dah cakap suka cakap sorang2.

+ Is your birthday on a holiday?
Yeap. di mana2 negara pun. Kalau kat Malaysia, time cuti sekolah. Kat US, masa Thanksgiving. Kat Jepun ni sehari sebelum cuti apa ntah.

+ Last thing you cooked today?
Malam tadi goreng ikan bilis letak bawang dan cili api. Pergh.

+Whose house did you go to last?
Azam’s and Sheila’s @Totsuka. Bday Aidil, Azam, Adam & Aimee. Baru perasan sume mula huruf A.

+ Do you like green beans?
kalau kacang panjang atau kacang buncis, ok je. Lain dari tu, uh uh.

+ Have any regrets?
Oh don’t let me start!

+ Do you use alarm clocks?
Yes, my handphone. Tapi usually I can rely on my body clock. Just set your mind nak bangun pukul berapa before tidur.

+ What’s the first thing you notice on the opposite sex?
The smile, and fingers.

+ Is cheating ever okay?
Hmmmm… perlu diperdebatkan. haha

+ Do you want someone you can’t have?
Don’t we all?

+ Are you a social person or an antisocial person?
90% social. 10% bila tengah down atau menghadapi krisis, I’ll be the most antisocial person.

+ Are you afraid of the dark?
Nope.

+ Did/do you miss someone today?
Not yet.

+ Last person who told you your problems were going to be okay?
Jie. I love her!

Weekend tidbits

June 17th, 2008 by mogusaen

Nana tag I tapi i surrenderlah ya yang ni. cam susah je Nana, nak kena pikir2. tak leh ke tag tu suruh tengok lagu dalam ipod ke, mesej dalam keitai ke. hehehehe

Baticrom I dah sampai. I siap order 100 keping kulit popiah. yay boleh buat murtabak. Kentang sikit, nak buat karipap tak cukup. Lagipun lebihan karipap buat semalam untuk intan payung ada lagi.

Minggu lepas di kala ini saya buat kerja separuh gila meninggalkan Tokyo ke rumah persinggahan saya nun di sana. hahaha. Suka2hati aje. 1nen buri tak ke sana. Buat amazing race di Tokyo eki nak kejar shinkansen sebab salah tengok jam.  Terbang ke sana kenkonon untuk melupakan masalah negara di sini. Memang terlupa pun sekejap. Best best. Terima kasih. Lepak sampai hari Jumaat sebab kena balik untuk terima tetamu di teratak Mogusaen. Terserempak dengan Indra masa beratur nak naik shinkan nak balik. Mamat itu rindu2an mahu bertemu Ikah.

Weekend saya pulak sangat busy. Kena booking saya 2 minggu awal. Si Een dan maknya Jasmin cuba booking saya untuk weekend ini Ahad malam, pun tak dapat sebab jadual dah penuh. Sabtu, ada bday party di Totsuka. Ahad, jadi chef jemputan di Hashimoto.

Macam minggu lepas, tak dapat nak join bbq budak2 Keio. I ada tetamu di rumah, si Intan payung. Sabtu dia temankan saya ke Toyocho untuk urusan membeli dan membelah. Ada ke saya lupa bawak inkan toroku shomeisho!! sebenarnya bukan terlupa, saya yang silap faham shomeisho tu apa sebenarnya. hehehe.

Bila Intan payung ada di rumah memang main masak2lah kami. Kami ni satu wavelength. Taste simple orang kampung. Sabtu masak gulai lemak cili api ayam, goreng ikan masin, sambal belacan dan ulam timun. Ahad pulak masak lemak taugeh dan tauhu dan sambal tumis ikan bilis dan goreng ikan masin lagi. Memang mak mertua lalu tak perasan punya.

Ngeh ngeh. La la la la. Saya biol nih. Nak tulis lain, pi tulis lain. hehehe.  Ok ok, back to work.

Kodomonokuni to Hibiya

June 9th, 2008 by mogusaen

Baru kembali dari Imperial Hotel di Hibiya. Bertemu dengan Pak Menteri. Am now waiting for the Canadian Grand Prix to start at 2am.

Had a very very busy weekend. First with the arrival of my ‘madu’, Puan Intan Payung on Friday night. Whenever she gets bored in Narita, she’ll criss-crossed across Tokyo to stay with me for the weekend. With her, I’ll have my very own cerekarama, live from my living room. And having her means my dapur will get berasap. It was Nasi Ayam on Friday night. Then her turn to cook Nasi Lemak Sambal Udang on Saturday.

Saturday we went to Kid Country a.k.a Kodomonokuni in Yokohama to visit Jasmin and her mom, Jannah. Introduced Intan to a new set of friends. Een, An, Wanie, Lela, Hanizah, Ani & Rose. We makan2, borak2 and bertepuk tampar. Een came back with us.

Sunday morning, I made them mee goreng special, saltless!! Terforget pulak garam dah habis. Hantam saja labu. Kicap, sos tiram dan sos cili ada. Habih gak 3 bungkus tu sekali harung makan. Pastu, i buat bingka jagung untuk diorang.

Pukul 4 kuar rumah sesama. I ada date ngan geng2 karokz nak gi dinner kat Imperial Hotel. Tapi b4 that singgah Shibuya gi Dapur Pertama sebab ada sesi Nubhan 076fat3g6v4ton AF6 bertemu peminat. kui kui kui.

Doun3177wh8g62n2

Bergerak ke Hibiya. Agendanya jumpa pak menteri. Tapi niat i of couse nak gi makan sedap. Tapi sudahnya, i tak makan juga. Sebabnya… mulut i nih tak reti diam!! I tak berjaya mengotakan janji i untuk duduk diam2, tak bercakap ngan pegawai2 kementerian or kedutaan berbicang hal2 dunia dan negara. Kesian cik nana jadi mangsa sekali lagi. Duduk tengah2 antara I yang sibuk berdebat. Kali ini dengan Encik Zakri & anak Pak Menteri.

Minggu ni I kena masuk mengadap nih. Haiyaaa.. camna nih?? Takuuuuuuuuuuuuuuuuut. Tapi dah pandai2 buat, pandailah terima akibatnya, cik kiah oi.

Saya yang sengal

May 23rd, 2008 by mogusaen

The day started not so great. Actually it ended quiet sour last night. Don’t ask. Tapi teringat pesanan Dr. Fazilah Kamsah, sebelum tidur kena maafkan semua orang. So, I tried that but still tak berapa nak sedap hati ini jugak. Dahlah tidur awal tapi mata ini tak mau tutup2 gak. Berapa kali on off pc, sampai nak habis tengok season 3 Weeds. Wooo best ooo cite nih, silalah tengok. Kisah ibu tunggal jadi pengedar ganja. Anyways, I finally slept at 4am.

Disebabkan itu maka terlambatlah saya bangun untuk kelas 1st period pukul 9 (errr..sebenarnya tidur awal pun saya memang selalu lewat pun). Nasib baik dapat boss dan rakan sekerja yang amat memahami. Sampai2 kelas (lewat 20minit), saya dah cranky. Budak2 jepun ni.. grrrrrrr.. english hampeh giler. Nasib baik ada Encik Aizu yang cool itu. Kalau tak, sure kena sembur dengan saya. Sib baik saya ni tak reti jepun tapi banyak kali juga tadi budak2 ni saya sumpah seranah dalam BM. Memang menguji kesabaran saya. But in the end, the class went smoothly. Like I told encik Aizu, I missed teaching. It was fun to be sitting on the table (my fav spot) and calling out names or singling student by the color of their shirts. hehehe memang menggeletar budak sampai ada yang mengaku tak datang padahal tahu je dia ada kat dalam kelas tu.

Ada break 2.5jam before the next class at 1pm. Hajat dihati mahu ke Seiseki membeli-belah kasut. Maa… sejak ketiadaan si cantik jelita Rarabella, saya tidak lagi bershopping. Tetapi setelah keluar dari kedai unagi, saya masuk Parco untuk short-cut ke eki (sebenarnya nak merasa aircond, panas seh hari ni). Tengok shopping complex ini seperti ada rusuhan. Perempuan Jepun yang tiada kerja, goyang kaki habiskan duit laki ini berdoyon2 berkerumun di setiap kedai di dalam Parco itu. Saya pun seperti ada magnet yang menarik2 saya dan berkeliaranlah saya mencari2 apa yang perlu. Tapi cam tak best pulak nak berebut2 ngan minah2 tu. So, saya biarlah mereka membeli. Tapi saya usyar kedai Body Shop yang baru buka itu. Nampak ada gift set yang sangat comel. Harus saya membelinya!!! Tapi pikir, nantilah dulu. Nak balik nanti, saya baru beli.

Kemudian, saya terus pergi ke kedai buku, belek2 buku omputih. Yay, ada buku John Grisham yang baru. Mamat ni memang saya nampak aje nama dia, terus beli, tak baca pun sinopsis cite, memang bestnya cite dia. Saya pun dengan yakin ke kaunter dan membayarnya. Lepak duduk di tingkat dua kerana lower back saya sangat sakit. Dah tualah katakan. Tak cukup kalsium. Saya saje je menghabiskan masa sebelum pukul 1. Saya pun bacalah kulit belakang buku ni. Haiyaaaa amaaaaaaaaaaaaaaaaaa. deiiiiiiiiiiii. aku dah belilah buku ni!!! hampeh hampeh. hahahaha. Gelak sorang2 saya kat kerusi tu. Padan muka. Sengal giler!! So, apa nak buat ni?? Nak bagi kat kawan2, takde sapa rakan2 sepermainan saya yang meminati heavy book macam Grisham ini. So, saya pun hantar sms S.O.S. kepada talian hayat saya iaitu Datin didot, Puan Sri Nikolat, Pengiran Bini Fazurette dan Tun cokolat Daim supaya mereka tolong berikan ayat nihongo yang perlu saya katakan pada penjual minta tukar buku. Akhirnya ayat Didie menjadi pilihanku (sebab dia yang reply 1st.. hehe)

Fuh.. nasib baik boleh tukar. Tapi…. nak tukar buku apa ya.  Belek punya belek (dahlah pilihan buku sikit giler). Banyak yang cerita made to movies, saya tak minat. Baik saya tengok wayang aje.  (unless saya dah baca buku dulu sebelum dia kuar kat wayang). So, akhirnya pilihan saya antara dua - The Kite Runner atau Shopaholics and Baby. Satu serius, best. Satu lawak, best. I love Becky Bloomwood tapi bila pikir2 balik, kawan2 saya sure ramai yang ada buku ini, pinjam je lah dari diorang. Tapi The Kite Runner by Khaled Hosseini sure takde sapa yang ada atau ada pun sorang je kot. Cerita kisah pasal kehidupan di Afghanistan ketika zaman sebelum pendudukan Russia hingga pemerintahan Taliban. Baru baca 3 bab, so far so good.

Disebabkan kesengalan saya tadi, saya tergesa2 mahu kembali ke sekolah. Tetapi perlu singgah di Body Shop dulu. Uols.. (especially mereka yang sudah berpindah dari mukim chofu), Parco sekarang klasss.. sudah ada Surabaya!!! Saya mencari foot scrub and lotion. Kesian kaki saya, kurang kasih sayang dan belaian mesra. Nasib baik uols, iol masuk juga kedai tu. Gift set itu tinggal satu sajorks!! lekas2 saya siku perempuan2 Jepun yang bersempit2 dalam kedai itu dan merampas gift set yang terakhir. Yes.. berjaya!!

Saya pun la la la kembali ke kelas. Dan menjadi guru untuk dua lagi kelas. Seronoklah jugak. Especially kelas waktu ke-5, advanced English Interpersonal Communications. Ada pulak episod dari hati ke hati dengan salah seorang student. Very interpersonal gitu. My message to that someone - stay strong, okay. Don’t grovel too much. Think of your pride too. Time will heal the wound and I hope in no time, you’ll be happy mappy with your dearest friend again.

Oh.. nak cerita bagi orang jeles. (ade ke?.. nak jeleskan cik belle & cik faer dan cik wanie sebenarnya tapi.. diorang lagi best makan2 di malaya itu) Semasa saya tidur di library semasa waktu ke-4 tadi, ada sms masuk menghantar jemputan makan selepas maghrib esok di rumah kelamin di Takao. Yahooooooooooooooooo!! Gumbira saya.

So, kira hari ini, hari yang sangat penuh. Memang terasa lemah tenaga batinku. Ada banyak agenda sebenarnya weekend ini tapi tengoklah, letih2 ni, larat ke tidak.

Mak aih.. itu dia, karangan saya dalam 1 juta patah perkataan. Jya.. nak tengok Ugly Betty dan Grey’s Anatomy pulak.

Eveytime you need a friend…

May 22nd, 2008 by mogusaen

Why is it I can never get my life together?? When my study is going okay, my relationship is down in the toilet. When my personal life is all rosy, my study’s stagnant.

But right now, I’m feeling loved because I just got a call from Boston, it is midnite there and she told me she can’t sleep because she is worried sick about me. Hehehe. What did I do? Well.. how about not going to work on Tuesday and not picking up the phone or replying sms and not emailing. Basically just keeping quiet. My close friends know me well, if I’m keeping quiet means something is not right. Kalau tak, takdenya I ni reti nak duduk diam2.

Okay, I better get my life back in shape. You know.. be a normal person. Not to hide in this cave. First, I need to get my famous amos and keropok from the two missus in Takao. Then, I need to make up my mind about that thing that we drive around. Sorry guys, I no longer can provide soft loan. Bank dah tutup! hehe

But now, I nak buat murtabak sambil tengok Vice Versa. Tetiba terjatuh chenta ngan Fahrin pulak. Plus Jason Chong pun cute. Recommended, silalah nonton juga.